HARI MASA | ISNIN | SELASA | RABU | KHAMIS | JUMAAT |
7.30 – 8.00 | Menyambut kedatangan murid Sarapan pagi | ||||
8.00 – 8.30 | Perbualan pagi (Circle time) | ||||
8.30 – 9.30 | Bahasa & Komunikasi | Bahasa Inggeris | Awal Sains | Awal Matematik | Pendidikan Jasmani |
9.30 – 10.00 | Awal Sains | Pendidikan Islam/ Moral | Bahasa Inggeris | Pendidikan Islam/ Moral | Bahasa & Komunikasi |
10.00 – 10.30 | Rehat | ||||
10.30 – 11.00 | Kreativiti & Estetika | Awal Matematik | Bahasa & Komunikasi | Kreativi & Estetika | Awal Matematik |
11.00 – 11.40 | Bahasa Pilihan | Renang | Muzik | Tarian | Iqra’ |
11.40 – 12.00 | Mengemas bilik darjah Berbaris dan member ucapan selamat Mendengar ucapan guru, membaca doa dan pulang | ||||
12.00 – 1.30 | Rehat dan makan Tengahari | ||||
1.30 – 2.45 | Tidur petang dan aktiviti tenang | ||||
2.45 – 3.30 | Snek Petang/ Minum Petang | ||||
3.30 - 4.30 | Bermain | ||||
4.30 – 5.30 | Bersedia untuk Pulang | ||||
5.30 – 6.00 | Masa lanjutan |
Saturday, 19 May 2012
Our Reggio Child Centre Timetable!!!
Mayat bayi ditemui dalam beg
Sabtu , 19 Mei 2012
2012/05/19
TELUK INTAN: Mayat bayi yang sudah busuk ditemui dalam sebuah beg yang ditinggalkan di bawah pokok mengkudu di Labu Kubong dekat sini petang semalam.Ketua Polis Daerah Hilir Perak, ACP Goh Kok Liang, berkata mayat bayi itu yang berbalut kain batik dihantar ke hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.
*sumber Berita Harian
Wednesday, 16 May 2012
Tadika & Taska Yang Bermotivasi!!!
Pendidikan awal kanak-kanak adalah perkara yang tidak boleh dipandang ringan oleh setiap pengusaha tadika dan taska. Kadang kala ada ibu bapa memilih taska atau tadika berpandukan populariti pada mata masyarakat. Namun mereka lupa soal kualiti pendidikan yang penting dan mengambil kira kesesuaian untuk perkembangan anak-anaknya. Ikuti panduan dalam memilih taska atau tadika buat anak.
Tidak semua orang sanggup melayani kerenah kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar belakang, sosio-ekonomi dan budaya. Hanya guru yang mempunyai berniat ikhlas, sabar dan berilmu dapat ‘bertahan lama’ di prasekolah atau tadika. Guru prasekolah mestilah mempunyai sifat penyayang, belas kasihan, komited dan minat dalam bidang kerjaya ini. Ini kerana kerenah kanak-kanak sukar diramal antaranya bersikap sensitif, suka merajuk, menangis dan buat perangai.
Merujuk kepada pra sekolah, pengusaha tadika perlu membuat pelbagai persediaan dalam pengajaran dan pembelajaran supaya kelas berlangsung dengan baik. Kadang-kadang guru mendapati sesetengah kanak-kanak lambat memahami pelajarannya. Harus diingat bahawa kanak-kanak melalui kadar pertumbuhan dan perkembangan berbeza. Oleh itu, guru perlu memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak itu.
Wujud Suasana Riang
Tadika atau taska yang baik ialah menyediakan proses pendidikan awal kanak-kanak dalam suasana yang keriangan dan ceria bukan keadaan memberi tekanan kepada kanak-kanak. Kegiatan kreatif, suasana dan persekitaran yang diwujudkan guru boleh menjadi pemangkin kepada motivasi kanak-kanak.
Untuk proses pembelajaran, pengajaran yang dilakukan di taska atau tadika perlu dilakukan mengikut umur kanak-kanak terbabit. Juga pelbagai kaedah digunakan untuk membantu kanak-kanak mengenali huruf, boleh mengeja, membaca dengan lancar dan sebagainya. Dengan menggunakan kaedah fonik dikatakan mampu membuatkan kanak-kanak membaca perkataan dengan mudah dan kesannya mampu membaca buku dengan baik.
Program Bentuk Pemikiran Kreatif
Selain itu, pelbagai program perlu diadakan untuk menyuntik nilai-nilai murni dalam diri mereka serta membentuk pemikiran yang kreatif, kritis dan dinamik. Aktiviti-aktiviti yang lebih santai turut diadakan untuk kanak-kanak secara pengajaran dapat dilakukan dengan mudah.
Aktiviti yang diadakan perlu mencabar dan menggembirakan untuk meningkatkan potensi di samping mengamalkan nilai kasih sayang semasa mengasuh dan mendidik kanak-kanak. Namun apa yang diharapkan, kanak-kanak ini berkemahiran, berilmu, berdisiplin sepanjang berada di taska dan tadika.
Dalam pada itu, untuk meningkatkan tahap pengajaran lebih baik, kesedaran terhadap kepentingan pendidikan prasekolah ini harus ditingkatkan dengan menghadiri seminar untuk guru prasekolah, mengambil program Pendidikan Jarak Jauh sama ada di peringkat sijil, diploma, ijazah, sarjana mahupun doktor falsafah bagi menambah ilmu dalam bidang ini.
Info : Taska yang didaftarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat adalah di bawah Akta Pusat Penjagaan Kanak-Kanak 1984 bagi kanak-kanak berusia 0 hingga empat tahun manakala tadika untuk kanak- kanak berusia empat hingga enam tahun pula di bawah Akta Pendidikan 1996.
Tuesday, 15 May 2012
Kecederaan Di Taska Bagaimana Mengelak?
Bayi mati tersedak susu, patah kaki jatuh tangga, terjatuh daripada buaian, terkena air panas dan keracunan makanan. Begitulah antara kecederaan yang dialami oleh kanak-kanak di taska jika tiada langkah pencegahan dilakukan. Presiden Persatuan Taska Negeri Selangor, Hajah Mahanom Haji Basri memberikan maklumat.
Kecederaan yang berlaku di taska bukan sesuatu pekara yang asing. Ia akan berlaku jika tiada langkah-langkah pencegahan dilakukan. Terdapat beberapa langkah pencegahan untuk atasi daripada kejadian buruk berlaku di taska. Bagi mengelakkan kejadian buruk akibat tersedak susu atau makanan yang boleh menyebabkan sesak nafas, waktu penyusuan yang berjadual perlu ada di mana ibu bapa perlu memaklumkan kepada pengasuh bilakah penyusuan yang terakhir diberi kepada bayi sebelum dihantar ke taska. Dengan ini, pengasuh boleh tahu waktu penyusuan yang seterusnya. Bayi akan menghisap susu dengan pantas jika terlalu kehausan dan kelaparan.
Sendawakan bayi meskipun bayi sudah tertidur. Pengasuh perlu berada berhampiran dengan bayi sehingga selesai waktu penyusuannya dan disendawakan walauapa alasan sekalipun. Jika pengasuh masih perlu untuk meninggalkan bayi sewaktu menyusu, dapatkan bantuan pengasuh yang lain. Apa yang penting adalah pengasuh perlu menjalankan tugas secara berpasukan dan profesional.
Antara langkah lain untuk mencegah daripada kejadian buruk ini berlaku, pendekatan proaktif perlu diambil. Ibu bapa dan pihak taska perlu menilai dan melaporkan tempat yang boleh mengancam keselamatan kanak-kanak. Oleh itu, kemalangan atau kejadian buruk yang boleh berlaku dapat dijangka lebih awal sebelum kemalangan betul-betul berlaku. Antara langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah menjauhkan kanak-kanak daripada barang atau perkakas yang membahayakan (termasuk pisau, paku, jarum, cerek panas, wayar dan suis elektrik).
Pastikan disimpan barang-barang tersebut di tempat selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak. Sentiasa peka dan prihatin pada setiap pergerakan kanak-kanak termasuk tidak membiarkan kanak-kanak bermain di tempat tinggi seorang diri, bermain dengan kanak-kanak yang nakal.
Pengasuh, pendidik, ibu bapa perlu menitikberatkan aspek kebersihan persekitaran permainan dan aktiviti kanak-kanak (contoh: untuk elakkan kanak-kanak mengutip makanan yang kotor di lantai yang mana boleh menyebabkan keracunan). Mengambil berat dan peka kepada kesihatan kanak-kanak (contohnya demam, kudis, ruam dan alahan) dengan membuat pemeriksaan kesihatan, kecederaan dan perubahan fizikal pada tubuh dan sikap dan emosi kanak-kanak atau merujuk kepada pakar perubatan sekiranya perlu.
Sikap Ibu Bapa
Ada segelintir ibu bapa yang memilih taska berdekatan dengan rumah tanpa mentingkan ciri-ciri keselamatan, beliau menjelaskan bahawa ibu bapa jangan terlalu mementingkan kos yang terpaksa dikeluarkan, sebaliknya perlu menitikberatkan kebajikan dan perkembangan kanak-kanak kerana anak-anak ialah pelaburan yang paling berharga untuk kita di masa akan datang.
Sekiranya taska tersebut jauh dari tempat kediaman, memang kos yang terpaksa dikeluarkan meningkat, namun pulangan yang bakal diterima oleh ibu bapa sangat menguntungkan lebih-lebih lagi terhadap perkembangan kanak-kanak itu sendiri. Juga boleh memilih taska itu sebagai taska pilihan untuk anak atas cadangan rakan atau jiran. Ini kerana kawan-kawan anda telah melalui, melihat dan merasai pengalaman sendiri dengan menghantar anak mereka ke taska tersebut.
Mereka dapat melihat prestasi dan perkembangan anak-anak mereka dari segi sahsiah, sosio-mosi dan kerohanian, fizikal, deria, kreativiti, bahasa dan literasi serta pemikiran logik.
Namun pastikan taska itu berdaftar. Ini kerana taska berdaftar menyediakan program asuhan dan didikan mengikut spesifikasi dan piawaian yang telah ditetapkan antaranya dipantau oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kesihatan, Jabatan Bomba&Penyelamat dan Pihak Berkuasa Tempatan.
Selain itu, program yang dijalankan lebih tersusun dan meliputi aspek perkembangan kanak-kanak bukan sahaja mengandungi elemen asuhan malah merangkumi elemen didikan awal yang diperlukan oleh kanak-kanak.
Kejadian buruk yang mungkin berlaku dan kesannya kepada kanak-kanak
1. Kanak-kanak jatuh luka /jatuh tangga / tersepit jari
Kesan : Kanak-kanak berasa sakit, berdarah mewujudkan perasaan fobia/trauma.
2. Digigit oleh kanak-kanak lain
Kesan : Mewujudkan sikap tidak percaya, tidak selamat berada di taska.
3. Terjerut / terjatuh daripada buaian
Kesan : Kecederaan/kecacatan pada anggota badan, kematian
4. Keracunan: Makanan yang disediakan oleh taska, atau kanak-kanak kecil mengutip benda kotor dan memasukkan ke dalam mulut.
Kesan : Adakalanya bayi menemui ajal tanpa diketahui puncanya . Keadaan ini dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai ‘Cot Death ‘
5. Terkena air panas
Kesan : Kecederaan fizikal dan kecacatan kekal
6. Demam panas tiada rawatan sehingga berlaku kekejangan.
Kesan : Kecacatan otak, masalah pembelajaran, masalah perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak
7. Penderaan fizikal
Kesan : Kecederaan pada tubuh badan, trauma/fobia, kanak-kanak ketakutan.
8. Penderaan emosi serta tiada layanan mesra sebagai ibu ganti atau kakak ganti selain ibu bapa
Kesan : Kanak-kanak mengalami kemurungan, melemahkan pembentukkan personaliti kanak-kanak, pendiam , kurang aktif.
9. Tersedak susu atau makanan, sesak nafas.
Kesan : Kematian
10. Alahan pada makanan
Kesan : Gatal-gatal pada kulit, kemerahan, bengkak pada tubuh badan
11. Jangkitan kulit (kudis)
Kesan : Jangkitan dari kanak-kanak lain, kanak-kanak tidak selesa, menangis.
12. Ruam (panas , kurang penjagaan kebersihan)
Kesan : Kanak-kanak tidak selesa, gatal-gatal.
13. Lemas (di bilik air-air bertakung)
Kesan : Koma, kecacatan otak, kematian.

Subscribe to:
Posts (Atom)