Sunday 6 May 2012

kesian nye..

Tragedi ‘kepala air’

Oleh MOHD HUSNI MOHD NOOR
am@hmetro.com.m
LEMAS ... mayat Alif Aiman ditemui selepas enam jam.
LEMAS ... mayat Alif Aiman ditemui selepas enam jam.
TAIPING: Tragedi seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun yang hilang dihanyutkan ‘kepala air’
ketika mandi bersama keluarganya di kawasan perkelahan Sungai Larah, Bukit Berapit, di sini,
petang kelmarin, berakhir apabila mayatnya ditemui tersangkut di celah pokok, enam jam selepas kejadian.
Dalam kejadian jam 4.15 petang, Alif Aiman Zamzuri bersama ibu dan bapanya berdepan saat
mencemaskan apabila dihanyutkan arus deras ketika mandi di kawasan perkelahan itu,
menyebabkan kanak-kanak itu hilang dibawa arus manakala ibu dan bapanya menyelamatkan
diri dengan berpaut pada sebatang pokok.

Mayat Alif Aiman ditemui sepasukan anggota bomba dan penyelamat Taiping, jam 10.45 malam,
 500 meter dari tempat mangsa mandi bersama keluarganya.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd Diah berkata,
 mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping untuk bedah siasat sebelum jenazahnya dituntut
 ahli keluarga dan dibawa ke kampung halaman di Kampung Telou Kanan, Kuala Ketil, Kedah
pagi semalam untuk dikebumikan.

Beliau berkata, dalam kejadian kelmarin, mangsa bersama ibu bapanya dalam perjalanan
dari Ipoh ke Baling, Kedah sebelum berhenti di tepi jalan berhampiran kawasan perkelahan
itu untuk berehat dan mandi.

“Bagaimanapun, ketika mandi di sungai, tiba-tiba arus deras muncul dari arah hulu sebelum
 menghanyutkan ketiga-tiga mangsa.


“Pasangan suami isteri itu sempat menyelamatkan diri dengan berpaut pada pokok manakala mangsa
 hanyut dan hilang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Katanya, pihaknya mengesahkan kemunculan arus deras di sungai berpunca daripada limpahan
takungan air di atas bukit yang pecah.

No comments:

Post a Comment