Tuesday 15 May 2012

Berlian hargai ibu tercinta

SYURGA terletak di bawah kaki ibu. Hakikatnya, semua ibu sanggup berkorban apa saja demi anak tercinta. Bermula mengandung sembilan bulan 10 hari, kemudian melahirkan dan menjaga anak-anak dengan penuh kasih sayang.
Justeru sebagai menghargai jasa ibu yang banyak berkorban, kasih sayang yang menggunung tinggi serta membawa keceriaan yang tidak berbelah kepada anak tercinta, jenama cucian fabrik terunggul di Malaysia, Softlan sekali lagi memberi penghargaan kepada semua wanita bergelar ibu dengan peraduan bertemakan Terima Kasih Mama Kasihmu Bak Kilauan Berlian. 
Mengapa berlian? Tidak hanya kilauan berlian yang sering mempesona ramai yang melihatnya, berlian membawa pelbagai maksud yang begitu mendalam.

Bagi wanita, berlian menjadi lambang kesetiaan, kecintaan, kesempurnaan dan rasa ketuanan yang tinggi. Malah berlian kekal walau di mana ia berada.

Ia juga diibaratkan kasih sayang ibu, mama, umi atau apa saja panggilan yang kekal abadi buat ibu tercinta, tiada galang gantinya ibu sebagai permata bernilai selama-lamanya.

Sebagai produk yang mementingkan kasih sayang antara ibu dan anak, Softlan peka pada perasaan seorang ibu yang ingin melahirkan rasa cinta dan prihatin
kepada keluarga. Justeru selama enam minggu, jenama ini mengadakan peraduan yang bermula pada 30 April 2012 lalu dan berakhir pada 10 Jun 2012 ini yang menyajikan hadiah berlian melebihi RM290,000 untuk dimenangi.

Menariknya, peraduan ini menyediakan beberapa bentuk berlian untuk dimenangi sama ada subang, cincin mahupun loket. 

No comments:

Post a Comment