*Suka bergerak ke sana ke mari dan tidak duduk diam
Sikap anak-anak yang sentiasa bergerak ke sana ke mari dan tidak duduk diam ini telah menarik perhatian Rasulullah saw dalam sabda Baginda yang bermaksud; Kanak-kanak yang sentiasa berpeluh (aktif) sewaktu kecil akan meransang otaknya ketika dewasa”. Ini bermakna kanak-kanak yang suka bermain, melompat, memanjat dan sebagainya meransang otaknya dan menjadikannya seorang pintar dan berkebolehan apabila dewasa kelak.
* Kuat mengikut
Kanak-kanak suka mengikut apa jua yang dilihat dan disaksikan oleh mata mereka daripada orang yang lebih tua terutama ibu bapa, guru-guru dan keluarga terdekat mereka. Sama ada yang mereka pandang itu perbuatan yang baik atau buruk.
*Bersifat keras kepala dan suka melawan.
Sifat ini sebenarnya merupakan tabiat usia seorang kanak-kanak. Sekiranya kita berhadapan dengan anak-anak yang memanjat katil dalam keadaan kakinya yang kotor kemudian enggan turun dari katil tersebut, atau anak-anak yang enggan untuk tidur walaupun disuruh beberapa kali untuk tidur, keengganan itu adalah sifat tabie seorang kanak-kanak.
* Tidak boleh membezakan antara yang baik dengan yang buruk.
Seorang anak yang melihat ibunya memetik mancis untuk menyalakan dapur dan sebagainya mungkin akan menggunakan kaedah yang sama untuk membakar rumah tanpa disedarinya. Mereka juga akan mencelupkan tangan mereka ke dalam jag yang berisi air panas dan menghulurkan jari ketika kipas sedang berpusing. Semua ini berlaku kerana mereka masih belum mampu membezakan antara bahaya atau tidak, buruk atau baik.
*Banyak bertanya
Mereka akan bertanya apa sahaja, di mana sahaja tanpa mengira waktu dan situasi ibu bapa dan penjaga.
No comments:
Post a Comment